Sunday, March 10, 2013

Tentu Harga Polish..!!!




Salam..hari ni nak share sikit macam mana afiez decide harga ayam polish dekat RaRe aVeS.. Bagi breeder lain x tahu la.. maybe masing-masing ade kriteria pemilihan tersendiri.
Bagi yang newbie dalam ayam hiasan/ornamental chicken nie.. Polish nie antara satu breed ayam hiasan yang paling popular di negara ini dan luar negara.. Jumlah breeder di Malaysia pun dah semakin banyak, just buyer atau peminat je perlu tentukan kualiti yang dikehendaki itu bagaimana nak memuaskan hati.

Bagi Afiez sendiri harga ayam polish ditentukan dengan beberapa kriteria yang afiez listkan di bawah :

1. Warna
  • Warna adalah ciri utama yang selalu akan dilihat oleh buyer/breeder/collector.
  • Warna yang dikategorikan dalam warna biasa ( common ) - Black, White, Black White Crested & Mottled.
  • Warna yang dikategorikan dalam warna luar biasa ( rare ) - Buff, Golden, Buff laced, Golden laced, Blue & Cuckoo. ( warna berdasarkan yang available di Malaysia).
  • Warna biasa lebih murah dari warna rare. Warna rare boleh 2 atau 3 kali ganda dari harga biasa.
  • Bergantung kepada tone colour plak yang dihasilkan. lagi menyerlah warna rare lagi up la harga dia.



  Rare - Buff Menyerlah

 
Rare - Buff Kurang Menyerlah

Common - Putih
2. Jambul (Crest)
  • Polish ni dikenali kerana jambulnya,
  • Lagi besar jambul lagi mahal la harga dia.
3. Umur
  • Umur menentukan harga semasa ayam tersebut.
  • Harga makin meningkat jika umur semakin menigkat kerana ia melibatkan modal pengurusan dan risiko kepada breeder.
  • Umur matang atau sudah mengeluarkan hasil biasanya akan mahal kerana ianya sudah boleh meberi pulangan modal kepada pembeli dalam masa yang singkat.
4. Beared atau Non-Beared
  • Bagi Polish variasi white crested black wajib spesifikasinya adalah non beared.
  • Bagi Polish variasi warna lain boleh samada non-beared atau beared tetapi baka original bagi warna-warna lain dipercayai adalah dari jenis beared.
  • Baka jenis beared biasanya lebih mahal dari non-beared.
  
Beared
  
 Non - Beared

 
White Crested Black Polish


 Gambar : Google
5. Balung (Comb)
  • Polish hanya mempunyai balung jenis V-shaped atau x nampak langsung.
  • Namun, kadangkala ada balung seperti Butterfly. Itu berkemungkinan dari kacukan Houdan.
  • Balung jenis sisir (single comb) adalah tidak menepati spesifikasi ayam Polish.
   
Polish : V-shaped Comb

 
 Houdan - Butterfly
Gambar : Google
  6. Jari Kaki
  • Jari kaki Polish sepatutnya adalah berjari 4.
  • Namun ada diantara polish yang berjari 5. Ini berkemungkinan Polish tersebut mempunyai darah kacukan Houdan atau Sultan (Polish bewarna putih). Houdan dan Sultan juga merupakan baka ayam yang berjambul.
  • Jari kaki 4 akan mahal dari 5. Ketulenan baka di sini.
7. Saiz
  • Bantam dan standard. Baka asal polish adalah baka standard.
Jadi, inilah kriteria-kriteria yang dititikberatkan di RaRe aVeS dalam penentuan harga ayam polish. Kriteria-Kriteria ini adalah mengikut susunan keutamaan dari 1 - 7.

No comments:

Post a Comment