Follow by Email

Sunday, January 3, 2016

Porcelain Belgian D'Anver @ Antwerp Belgian

Assalamualaikum w.b.t.

Memperkenalkan warna dan baka terbaru untuk generasi Antwerp Belgian yang menjadi penghuni baru di RaRe aVeS..

Alhamdulillah.. ada anak yang menjadi tapi tak banyak.. In shaa Allah projek akan datang nak renovate reban, bila semua ke tanah berharap makin menjadi hasil. AMIN.



Ohiki Bantam

Assalamualaikum w.b.t., entry kali ini afiez nak ceritakan sikit berkenaan ayam ohiki bantam. Sekarang di RaRe aVeS ada dua jenis ohiki iaitu red dan silver ohiki. 2 pasang red ohiki bantam masuk tahun 2015. Sepasang di sini dan sepasang di Putrajaya. Silver ohiki bantam trio satu-satunya di Malaysia baru dibawa masuk Disember 2015.

Alhamdulillah red ohiki dah menghasilkan anak, tapi rezeki sampai ke besar hanya 2 ekor jantan. Buat masa sekarang semua dalam sangkar, produksi kurang memuaskan. Silver ohiki baru mula bertelur pada hari ini.

Ohiki bantam ini dipercayai hasil kacukan daripada japanese bantam dan long tailed fowl samada phoenix atau onagadori memandangkan ayam ini berbalung sisir. Hasilnya untuk menghasilkan ayam bersaiz kecil tetapi ekor yang panjang. Ohiki mempunyai bandan yang pendek dan ekor membulat dan sangat berbeza dengan fizikal pheonix.

Semestinya fizikal ini menambat hati bagi yang meminati ayam yang kecil, jinak dan mempunyai penampilan yang menarik. Di sini disertakan ayam ohiki bantam di RaRe aVeS.
Silver Ohiki Bantam dengan telur pertama yang dihasilkan.

Red Ohiki Bantam jantan hasil dari induk di RaRe aVeS.

Silver Ohiki Bantam dilepaskan untuk bersantai.

Red Ohiki Bantam induk di RaRe aVeS.