Saturday, March 30, 2013

Benda Selalu LUPA.. Tapi Kena Selalu BUAT..!!!

Salam semua.. mood datang nak menulis hari ini..bertemankan angin kipas dan bahang dunia sekarang nie.. Berpeluh walaupun di depan kipas.. Dunia akhir zaman.. Hehe..
Orite berbalik ke tajuk yang dinyatakan di atas, Dalam dunia unggas nie kadang-kadang ada beberapa perkara yang sepatutnya dibuat tetapi selalu diabaikan dan dilupa.. Namun perkara-perkara ini sangat penting bagi menjaga kesihatan hiawan-haiwan peliharaan kita.

Ini ade beberapa perkara yang perlu buat dan tak patut dilupakan terutamanya penternak ayam-ayam eksotik / breeder terutamanya :

1. Disinfektan / Disinfectant
Amalan disinfektan ini perlu dijalankan sekurang-kurangnya 2 bulan sekali merangkumi disinfektan reban, peralatan dan juga kawasan. Boleh menggunakan jenama spesifik untuk penternakan seperti Lindores, Omnicide tetapi jika tidak dapat atau susah untuk mencari bolehlah menggunakan jenama komersial seperti Dettol. Tujuan utama adalah untuk membunuh kuman / bakteria yang menjadi punca penyakit. Tukar jenama setiap 2 tahun untuk menggelakkan resistant.

2. Program Nyah-Cacing/Deworming
Perlu dilakukan sekurang-kurangnya 3-6 bulan sekali terutamanya ayam lepas bebas dan berlantaikan tanah/pasir. Jenama yang terdapat di pasaran seperti Levamisole.

3. Program Coccidiosis
Coccidiosis adalah punca kepada ayam berak darah. Kadang-kadang penternak terlepas pandang dengan memberikan ubat nyah-cacing. Coccidiosis mempunyai ubatnya yang tersendiri . Program hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya 2 bulan sekali memandangkan penyakit ini kerap terjadi kepada ayam.

4. Program Nyah-Kutu/Nyah-Hama
Perlu dilakukan jika terdapat tanda-tanda seperti najis ayam melekat pada bulu pada kawasan vent/ cloaca ayam. Itu merupakan tanda-tanda ayam dijangkiti hama/kutu yang serius. Boleh menggunakan spray untuk mematikan kutu/hama pada burung. Dinasihatkan jangan menggunakan shampoo atau spray kutu yang digunakan pada kucing/anjing kerana dikhuatiri dosnya terlalu pekat dan tidak sesuai kepada ayam. Cara tradisional adalah dengan membakar kayu arang sehingga menjadi abu. Kemudian abu disapukan di badan ayam. Selak bulu ayam dan sapukan.

5. Multivitamin/Anti-stress
Boleh diamalkan setiap hari atau dua minggu sekali atau sebulan sekali. Ini bagi membekalkan nutrien-nutrien yang mencukupi untuk menampung kesihatan ayam. Gunakan anti-stress terutamanya yang mengandungi antibiotik jika perubahan cuaca mendadak (contoh : Panas tetiba hujan, dan hujan berpanjangan selama seminggu). Pemberian anti-stress boleh diberikan 3-5 hari dan ditukar setiap hari.

6. Sulaman makanan berprotein tinggi kepada pembaka
Dedak pembaka komersial mengandungi nutrisi yang seimbang kepada ayam pembaka namun kadang-kala terutamanya ayam jantan memerlukan dedak yang mengandungi protien yang tinggi bagi pembentukan sperma yang banyak dan berkualiti. Dicadangkan makanan pembaka dicampurkan dengan dedak menbesar selama seminggu setiap dua bulan sekali.

7. Pemvaksinan
Vaksin perlu dilakukan ketika anak ayam berusia 3 minggu, sebulan selepas itu dan setiap enam bulan sekali(lihat pada jenama). Vaksin yang utama adalah New Castle Disease (Sampar/Hawar) dan Infectious Brochintis (IB). Digalakkan breeder untuk memberikan vaksin Marek's Disease. Vaksin sangat penting untuk mencegah penyakit dan penting bagi penternak yang menjalankan penternakan dalam skala besar, berhampiran dengan kawasan penternakan lain dan kawasan sering lembap.

Namun, hal-hal lain hendaklah dijalankan secara rutin seperti membersihkan bekas minuman dan makanan, membuang dedak yang tidak habis seminggu sekali, membersihkan kawasan dan sangkar dari kotoran dan najis.
Info yang dikongsi adalah berdasarkan pengalaman yang tidak seberapa dan diharapkan ianya dapat membantu dalam meningkatkan pengurusan di ladang masing-masing.



No comments:

Post a Comment