Sunday, November 20, 2011

Cer Citer Tentang Ayam Jambul...

Salam semua pengunjung blog.. hari ini mood agak baik,jadi afiez ingin berkongsi sedikit ilmu yang afiez tahu dari pengalaman,pemerhatian dan sedikit kajian mengenai Ayam Jambul. Kebanyakkan orang beranggapan bahawa ayam yang berjambul , berbulu pelepah adalah ayam Polish.
Untuk pengetahuan semua,bukan ayam Polish sahaja yang mempunyai jambul di dunia ini. Dalam kajian afiez, daripada 72 jenis ayam di dunia, terdapat hanya 6 jenis ayam yang berjambul di  dunia ini. Masing-masing mempunyai karekter-karekter tersendiri yang boleh membezakan antara satu sama lain. Apakah 6 jenis ayam tersebut..? . Dalam perancangan masa hadapan, afiez ingin menulis buku untuk berkongsikan pengalaman mengenai beberapa cara penjagaan ayam eksotik dan jenis-jenis baka ayam yang terdapat di dalam dunia dan jawapan dalam persoalan tersebut akan terjawab dalam buku yang ingin dihasilkan oleh afiez.Sebelum ini ada afiez terbitkan buku mengenai penjagaan ayam secara asas dan afiez jual semasa ekspo2 berlangsung. Tapi terbitan kali ini, afiez akan gabungkan penjagaan asas dengan pertambahan pengetahuan mengenai baka-baka ayam dan penjagaan untuk beberapa jenis ayam eksotik yang biasa dipelihara di Malaysia. Namun,kekangan kerja membuatkan kerja-kerja penulisan ini terhenti,biasalah nak buat benda ini mood kena baik.
Berbalik tentang cerita ayam berjambul, ada diantara beberapa orang kenalan afiez yang tidak tahu membezakan jantina ayam ini. Di sini afiez ingin berkongsikan sedikit pengalaman dan ilmu pengetahuan mengenai jantina ayam Polish. Perbezaan nyata dapat dilihat apabila anak ayam Polish berusia tiga minggu dan ke atas.
 Perbezaan ciri pertama dari segi bantuk balung. Kebanyakkan Polish jantan mempunyai balung berbentuk Devil Horn @ V-Shaped kecuali dari baka Houdan (salah satu daripada 6 jenis ayam berjambul) selain berbentuk V-Shaped, juga terdapat balung berbentuk Butterfly. Polish betina selalunya tidak mempunyai balung atau balung dalam keadaan "balung mati" ,namun bagi sesetengah ayam betina sahaja mempunyai "balung hidup" tetapi kurang menonjol daripada balung jantan.
Ciri kedua pula boleh dilihat dengan membezakan bentuk bulu pada jambul ayam Polish. Ayam Polish jantan mempunyai bulu yang berbentuk tirus di penghujung bulu tersebut manakala Polish betina mempunyai bentuk sedikit bulat pada penghujung bulu itu. Namun, bagi sesiapa yang kurang pemerhatian atau kurang berpengalaman, maka agak sukar untuk membezakan dari segi bentuk bulu ini.
Di sini, afiez sertakan gambar untuk gambaran yang lebih jelas dan senang untuk difahami.
P/s : i ) Terima kasih kepada model-model gambar ini yang berusia 2 bulan.. Hehehe..
       ii ) Sowie line herot-herot, tangan tak berseni..Huhuhu

Jantan : Balung hidup ternyata kelihatan

 Jantan : Gelembir bawah juga kelihatan

Jantan : Balung berbentuk V-shaped mula menonjol

 Betina : Jenis tiada balung

 Betina : Gelambir bawah tiada



 Betina : Jenis "balung mati"

 Betina : Gelambir bawah kelihatan sedikit


 Jantan : Berbentuk tirus di penghujung bulu jambul seperti di bawah


 Betina : Berbentuk bulat di penghujung bulu jambul seperti di bawah



Friday, November 18, 2011

It's HatcHing...!!!

Pada suatu hari,pasangan GreN dan ElloW telah menghasilkan tiga biji telur. Kemudian, setelah sekian lama si ElloW mengeram dan si GreN menunggu dengan penuh penantian,dan hari ini, kesemua telur-telur telah menetas..Yeay.. Si GreN menjadi seekor bapa yang sangat agresif dan ElloW menjadi seekor ibu yang sangat penyayang.They are living happily ever after..!!!



Semoga mereka dapat membesar dengan sihat dan cantik hendaknya. 1st baby hatching hari selasa kalau x silap,2nd hari khamis dan 3rd hari sabtu. Mereka menetas berbeza kerana si ElloW ni bertelur jarak-jarak.

Thursday, November 10, 2011

Welcome To RaRe aVeS.....

Salam..afiez mengucapkan selamat datang keluarga baru bagi RaRe aVeS iaitu Sepasang Merpati Capuchine Dan Sepasang Merpati Indian Fantail. Saja pelihara untuk menambah koleksi sedia ada. Apapon RaRe aVeS akan menumpukan pengeluaran ayam eksotik. Merpati ini hanya selingan dan mencantikkan pemandangan..Hehe..
P/S : Gambar diambil di waktu malam...



 Indian Fantail

 Male Capuchine

 Female Capuchine

Sunday, November 6, 2011

Silkie Untuk Dijual...

Salam.. Afiez ada 24 ekor silkie berusia sebulan untuk dijual.
12 ekor Patridge
6 ekor Lavender/Blue Black
3 ekor White Plash
2 ekor White

Harga RM25.00/ekor.

Harga boleh dipertimbangkan jika pembelian melebihi 10 ekor dan ke atas. Penghantaran ke seluruh stesen-stesen bas utama di semenanjung malaysia. Caj penghantaran perlu ditambah RM30.00.


 Patridge

 Lavender/Blue Black

White Splash

SOLD OUT 10.11.2011

Hari Peladang,Penternak,Nelayan Dan Karnival Koperasi Peringkat Negeri Pulau Pinang 2011

Salam.. baru-baru ini telah berlangsung Ekspo Hari Peladang,Penternak,Nelayan Dan Karnival Koperasi Peringkat Negeri Pulau Pinang 2011 pada 27 Oktober - 30 Oktober 2011 di Tapak Ekspo Seberang Jaya. Walaupun keadaan petang yang sentiasa hujan dan ribut,namun ini tidak mematahkan sokongan daripada pelanggan yang berpusu-pusu datang ke ekspo ini. Kali ini, Rare Aves bergabung dengan sahabat-sahabat dari penternakan arnab masuk dalam menjual dan mempromosikan bidang masing-masing. Di sini juga, dapatlah afiez berkenalan dengan pemilik dangaupoultryfarm.blogspot.com yang sama-sama memeriahkan HPPN'11 di Seksyen Industri Ternakan,JPVPP.



 Capuchine,Fantail & Giant Pigeon - Bakal Warga Rare Aves
 Rare Aves

 Arnab

dangaupoultryfarm.blogspot.com

Salam Aidiladha.. Menu Rendang 1K...!!!

Salam Aidiladha untuk semua pengunjung blog afiez... Sempena Aidiladha @ Hari Raya Haji @ Hari Raya Korban, Walaupun Sayang Di Hati, Namun Tak Nak Membazir..Jadi Dua Ekor Ayam Iaitu Polish Dan Silkie Dikorbankan Untuk Menjadi Santapan Raya.. Tak Payah Beli Ayam Dah.. Mak Eden Yang Cakap..!!! Haha.. Take a LoOk...