Telur Banyak Tapi Tiada Benih?
Salam semua.. Minggu ni minggu final exam tapi memandangkan dah lepas satu paper tadi dan tinggal lagi empat paper..esok tiada test.. Jadi malam ni merehatkan minda seketika..Haha Berbalik kepada tajuk di atas, malam nak cerita sikit tentang masalah ayam telur banyak tapi tiada benih?. Kes ini kerap kali juga terjadi dekat RaRe aVeS terutamanya Ayam Sebright Bantam. Kadang-kadang itu pening gak kenapa tiada benih sebelum-sebelum ni subur ja. Ayam jantan di RaRe aVeS nie limited sket, seekor dipairkan seekor betina atau dua ekor. Pastu tiada rehat pula jadi kemungkinan di sini kebernasan telur mungkin berkurang kerana ada masalah kepada Ayam Pejantan kita. Ayam Jantan dari apa yang afiez dapat mase menuntut dengan sifu, dia perlukan juga sumber protien yang tinggi bagi menjaga kualiti dan kuantiti air mani (sperma) ayam tersebut. Namun disebabkan makanan ayam pembaka komersial kurang kandungan protien kadang-kadang untuk jantan. Ransum yang dihasilkan adalah dititikberatkan ke...