Wednesday, January 26, 2011

Pemakanan & Tumbesaran Ayam

Hari ni afiez saje nak share knowledge dengan sesiapa saje yang sudi lihat blog afiez nie.. Nak share sikit pasal pemakanan ayam nie.. Selalu kalau orang biasa yang tidak mempunyai pengalaman atau ilmu dalam penternakan ayam nie..bagi dirinya,kalau pelihara ayam,bagi aje makan ape pon x pe.. janji hidup dan besar. Bukan nak kata salah tindakan itu,cuma ia merugikan.Kenapa afiez cakap gitu..?? Pernah afiez ditanyakan soalan oleh penternak ni..dia orang kampung biase aje.. dia ada bela ayam daging..diajukan soalan kenapa penternak komersial boleh jual ayam dengan berat 1.5 kg atau lebih dengan hanya pelihara selama 35 - 40 hari, tetapi penternak ini telah pelihara hampir dua bulan tetapi masih tidak mencapai berat seperti berat komersial..??

Di sini afiez nak terangkan beberapa faktor yang mempengaruhi pemakanan dan tumbesaran ayam.

i. Ransum Pemakanan

Syarikat pengeluar makanan ternakan komersial telah mengeluarkan dedak mengikut kegunaan penternakan kita. Perbezaan yang nyata dari kandungan protien,calcium dan lain-lain lagi. Bagi ayam pedaging, makanan dirumus khas mengandungi kandungan protien yang tinggi bagi tujuan penggemukan. Bagi ayam baka dan penelur, makananya pula dirumus mengandungi kandungan protien yang rendah berbanding dedak pedaging dan mengandungi unsur calcium bagi pembentukan cengkerang telur.

ii. Jenis dedak

Pastikan sebelum membeli dedak,kita kena tahu dedak yang sesuai mengikut ternakan kita :
Anak (Pedaging /Penelur/Baka) : Selalu ditulis perkataan starter / pemula dll.
Pedaging : Selalu di guni dedak akan ditulis perkataan Grower,Feeder,Penggemuk dll. Dedak ini khusus diformulasi bagi meningkatkan kadar tumbesaran dengan masa yang cepat.
Penelur : Selalu di guni akan tertulis perkataan layer.
Baka : Selalu di guni tertulis perkataan breeder.

iii. Bentuk dedak

Anak (Pedaging /Penelur/Baka) : Dalam bentuk mash ( serbuk ) dan crumble ( dedak kasar ).
Pedaging : Dalam bentuk crumble ( dedak kasar ) atau pellet.
Penelur & Baka : Dalam bentuk mash (serbuk ). Selalunya akan kelihatan jagung-jagung hancur dalam dedak tersebut.

iii. Warna dedak

Pedaging :
Kuning : Ransum pemakanan mempunyai kandungan protien dari unsur-unsur tumbuhan kebanyakannya.
Hitam : Ransum pemakanan mempunyai kandungan protien dari unsur-unsur haiwan (ikan dll). - suggest penggunaan dedak hitam kerana memaksimumkan tumbesaran..dalam erti kata lain ayam cepat besar..hehe
Baka & Penelur :
Dedak berwarna kuning dan kelihatan jagung atau kulit jagung bersama-sama dedak ini.

iv : Waktu makan

- Pedaging : Pada masa sekarang, dah ada guideline jumlah pemakanan sehari dari umur sehari hingga umur pasaran. Cuma pemberian biasanya dibuat dua kali iaitu sekali pagi dan sekali petang.
-Penelur / Baka : - Selepas 14 hari,dicadangkan memberi makan terus menerus sehingga umur hampir ke 16 minggu ( dedak bentuk crumble ). Lampu jika boleh dipasang pada waktu malam sehingga umur 1 bulan. Selepas itu, ayam diberi makan pada waktu siang sahaja.
Penelur/Baka : Pada umur 16 minggu, ayam boleh diasuh untuk mula menggunakan makanan baka/penelur. Makanan baka/penelur diberi dengan kadar yang bersesuaian.Tidak boleh diberi makan terus menerus..!!! Hanya Sekali di waktu pagi dan sekali di waktu petang. Jika diberi makan terus menerus tanpa had,ayam akan menjadi gemuk dan produktiviti telur akan berkurang atau terhenti.

v. Pertukaran makanan

-Pastikan sewaktu mahu menukar makanan ke bentuk yang lain atau jenama yang lain, Makanan tersebut ditukarkan secara beransur-ansur selama beberapa hari sebelum bertukar sepenuhnya kepada makanan yang baru bagi mengelakkan ayam tersebut terkejut dengan perubahan makanan kerana kesannya ayam tersebut perlu menyesuaikan makanan tersebut, mungkin akan murung kerana makanan dah bertukar, hilang selera makan dah merugikan masa..

Apapun,pemerhatian dan pengalaman adalah guru yang terbaik bagi kita.

Saturday, January 22, 2011

Ayam Polish Ku... Comiey Nye...

Hye.... Skunk nie baru banyak masa free, jadi baru leh post bebanyak kat sini. Nie saja nak share gambar ayam polish kesayanganku..Pada mulanya , niat beli ayam polish nie nak trader aje,tp bila dah lama bela, nampak cantik terus terpikat. Then buat masa ini ramai yang tak bela ayam polish, berbanding ayam silkie. Jadi, afiez amik langkah untuk membiakkannya.. Pada mulanya ambil masa dua ekor, dijadikan suratan memang terkena sepasang.. Alhamdulillah.. Sekarang ada anak lagi tiga ekor, sekor dah confirm betina, dua lagi masih was-was. Hehehehe... Anak ni dah ramai minta..sape yang bida tertinggi dan kena pada harga dan masa,mungkin terjual kowt.. Apepon nanti afiez kongsikan detail mengenai ayam polish ini. Ayam polish nie tergolong dalam golongan bantam. Besar sikit pada ayam katik dan kecil pada ayam kampung.





My First Pair Polish


Thursday, January 20, 2011

Perbezaan Ayam SELASIH Dan Ayam SUTERA (Silkie)


Atas : Ayam Selasih

Bawah : Ayam Sutera (Silkie)

Perbezaan nyata boleh dilihat bagi membandingkan di antara ayam selasih dan ayam sutera (silkie). Walaupun kedua-duanya mempunyai isi berwarna hitam,namun pada bahagian bulu ayam selasih adalah berbulu pelepah manakala ayam sutera(silkie) berbulu halus seperti bulu anak (sutera).
Pada asalnya hanya ayam sutera (silkie) sahaja yang berwarna hitam isinya. Namun di atas permintaan yang tinggi terutamanya dalam perubatan tradisional cina, ayam sutera (silkie) dikacukan dengan ayam pedaging komersial bagi mendapatkan baka ayam yang isinya berwarna hitam namun pertumbuhan sehebat dengan ayam pedaging komersial. Maka terjadilah ayam selasih di mana isinya berwarna hitam dan yang penting ayam selasih mempunyai bulu PELEPAH.
Kerana itu bila ditanya kepada pengguna-pengguna di kalangan orang berbangsa cina, ayam sutera (silkie) lebih dikenali sebagai ayam selasih original atau ayam kampung original ( hokkien : oo bak ke).

Wednesday, January 19, 2011

My Lovely Silkie..

Nak share dengan blogger-blogger yang sudi singgah di blog afiez nie.. a few picture of my lovely silkie.. ade patridge ngan black silkie... yang patridge nie dah mula bertelur awal januari dahulu... dan sekarang afiez ngah cuba eramkan telur dia dalam incubator. hope menjadi coz bagi afiez yang patridge nie among the best yang afiez bela dan sama standard ciri-cirinya dengan pure silkie yang afiez tengok di luar negara.
Selain itu gak, afiez selitkan sekali black silkie .. afiez bela gak..kalau nak tahu.. yang jantan black silkie nie merupakan silkie pertama afiez bela.....