Tuesday, April 30, 2013

Voorburg Shield Cropper




Salam, baru-baru ade seorang buyer datang beli ayam dekat afiez.. tetapi dibawa sekali sepasang merpati. Katanya rumahnya sudah banyak.. atas pemberian kawannya yang berangkat ke luar negara. Bab-bab merpati nie Afiez tak berapa tahu sangat, nama merpati ni pun tak tau. Lalu tanyalah otai-otai Merpati dan dapat tau namanya Voorburg Shield Cropper. Burung nie mempunyai marking yang cantik di bahagian kepak. Terima burung nie pada 28 April 2013 dan hari ni 1 Mei 2013 tengok2 dah bertelur sebiji.. Rezeki Alhamdulillah.. Dah terima percuma daripada orang kemudian dah bertelur pula. Jadi kita cuba bela seja di RaRe aVeS ni.

Monday, April 22, 2013

My Bantam Collections #7 : Modern Game Bantam

Nama  : Modern Game Bantam
Warna : Red Pyle
Jenis Balung : Sisir (Single)
Negara Asal : England
Negara Di Bawa Masuk Ke RaRe aVeS : Holland

Deskirpsi :

Modern Game Bantam merupakan salah satu baka yang berasal daripada Game Breed / Sabung . Baka ayam sabung (Game Bird) yang paling tidak agresif. Lebih dijadikan sebagai hiasan. Mempunyai kaki yang panjang dan kecil, dan ekor yang tidak mempunyai lawi yang panjang.

Status Di RaRe aVeS : Not Available





Sunday, April 14, 2013

Anak-anak Sabelpoot Semakin Membesar


Salam.. hari2 melihat pembesaran anak-anak Booted atau Sabelpoot Bantam ni.. Almaklumlah anak pertama kali jadi , jadi nak kena observe tengok dia punya perkembangan. Anak Sabelpoot yang ade sekarang dah berusia 20 hari, dan bulu kaki tu yang cun.. dah seinchi dah.. Hehe..
Diharap dapat membesar dengan baiknya..



Papa & Mama Diorang..Hehe

Thursday, April 11, 2013

My Bantam Collection #6 : Japanese Bantam

Nama           : Japanese Bantam
Warna          : Cream
Jenis Bulu    : Frizzle
Jenis Balung : Single (Sisir)
Negara Asal : Southeast Asia
Negara Yang Dibawa Masuk di RaRe aVeS :Belgium

Deskripsi     :
Baka ini juga dikenali sebagai Chabo. Ayam mempunyai kaki yang pendek dan ekor yang menegak ke atas, kerana kakinya yang pendek dapat dilihat kepaknya mencecah lantai. Ayam ini mempunyai balung dan gelambir yang besar sehingga menampakkan rupa yang garang kepada ayam ini terutamanya si jantan. Warna biasa yang didapati adalah White Black Tailed dan juga varieti warna yang lain. Juga boleh didapati dalam bulu Pelepah, Bulu Balik (Frizzle) dan Bulu Sutera (Silkie).

Status Di RaRe aVeS : Not Available

My Bantam Collection #5 : Booted Bantam


Nama           : Booted Bantam
Warna          : Porcelain
Jenis Balung : Single (Sisir)
Negara Asal : Asia / Holland
Negara Yang Dibawa Masuk di RaRe aVeS : Holland

Deskripsi     :
Baka ini juga dikenali sebagai Sabelpoot (Sword leg) Bantam. Ayam ini tidak mempunyai bulu di bahagian pipi (muffling) dan tidak berbauk (beard), mempunyai bulu di kaki. Selalunya ia disalah erti dengan Barbu d'Uccle. Warna yang biasa didapati adalah MilleFluer (thousand flower) , juga varieti warna yang lain.

Status Di RaRe aVeS : Available ( Middle of May'13)





My Bantam Collection #4 : Barbu de Watermael

Nama           : Barbu de Watermael
Warna          : White Splash
Jenis Balung : Rosecomb
Negara Asal : Belgium
Negara Yang Dibawa Masuk di RaRe aVeS : Holland

Deskripsi     :
Baka ini juga merupakan varieti daripada Belgian d'Anvers . Ayam mempunyai bulu di bahagian pipi (muffling) dan bauk (beard), dan mempunyai jambul.

Status Di RaRe aVeS : Available (End of June'13)


My Bantam Collection #3 : Barbu d'Anvers

Nama           : Barbu d'Anvers
Warna          : Quail & Silver Duckwing
Jenis Balung : Rosecomb
Negara Asal : Belgium
Negara Yang Dibawa Masuk ke RaRe aVeS : Holland (Quail) & Belgium (Silver Duckwing)

Deskripsi     :
Baka ini juga dikenali sebagai Bearded Antwerp Bantam. Ayam mempunyai bulu di bahagian pipi (muffling) dan bauk (beard), mempunyai bulu leher yang membentuk cape dan muka seperti burung hantu (owl-like). Warna yang biasa didapati adalah Quail (Kombinasi Black & Buff) , juga varieti warna yang lain.

Status Di RaRe aVeS : Not Available

Quail

  
Silver Duckwing

My Bantam Collection #2 : Barbu d'Uccle

Nama           : Barbu d'Uccle
Warna          : White
Jenis Balung : Single (Sisir)
Negara Asal : Belgium
Negara Yang Dibawa Masuk di RaRe aVeS : Holland

Deskripsi     :
Baka ini dipercayai hasil kacukan di antara Belgian d'Anvers dan Booted Bantam. Ayam ini mempunyai bulu di bahagian pipi (muffling) dan bauk (beard), mempunyai gelambir yang kecil atau tiada dan kaki yang berbulu. Warna yang biasa didapati adalah Millefleur (thousand flowers), juga varieti warna yang lain.

Status Di RaRe aVeS : Available (End of June'13)





My Bantam Collection #1 : Sebright Bantam

Nama           : Sebright Bantam
Warna          : Silver
Jenis Balung : Rosecomb
Negara Asal : England
Negara Yang Dibawa Masuk di RaRe aVeS : Malaysia (Jantan) + Thailand (Betina)

Deskripsi     :
Baka ini dimajukan oleh Sir John Sebright, dimana jantan ini mempunyai bulu seperti betina dan keunikan ayam ini adalah bulu yang bercorak seragam (laced).
Warna ayam biasa adalah Silver dan Golden dan sekarang mempunyai satu varieti baru iaitu Chamois.

Status Di RaRe aVeS : Available (Call For Update Stock)