Monday, March 18, 2013

Telur Banyak Tapi Tiada Benih?

Salam semua.. Minggu ni minggu final exam tapi memandangkan dah lepas satu paper tadi dan tinggal lagi empat paper..esok tiada test.. Jadi malam ni merehatkan minda seketika..Haha
Berbalik kepada tajuk di atas, malam nak cerita sikit tentang masalah ayam telur banyak tapi tiada benih?. Kes ini kerap kali juga terjadi dekat RaRe aVeS  terutamanya Ayam Sebright Bantam. Kadang-kadang itu pening gak kenapa tiada benih sebelum-sebelum ni subur ja.
Ayam jantan di RaRe aVeS nie limited sket, seekor dipairkan seekor betina atau dua ekor. Pastu tiada rehat pula jadi kemungkinan di sini kebernasan telur mungkin berkurang kerana ada masalah kepada Ayam Pejantan kita.
Ayam Jantan dari apa yang afiez dapat mase menuntut dengan sifu, dia perlukan juga sumber protien yang tinggi bagi menjaga kualiti dan kuantiti air mani (sperma) ayam tersebut. Namun disebabkan makanan ayam pembaka komersial kurang kandungan protien kadang-kadang untuk jantan. Ransum yang dihasilkan adalah dititikberatkan kepada ayam betina kerana berlainan dengan ayam jantan, ayam betina tidak memerlukan kandungan protien yang terlalu tinggi kerana ia boleh menyebabkan masalah kesuburan kepada ayam tersebut.
Jadi, kadang-kadang bila didapati ayam afiez mengalami masalah begitu, afiez akan mencampurkan makanan pembaka komersial dengan makanan ayam membesar (201C) supaya ayam tersebut boleh memperolehi kandungan protien yang lebih sikit.
Alhamdulillah.. selepas buat macam tu, telur tersebut beransur-ansur mempunyai benih semula.

2 comments:

  1. Salam, betoi la Hafiez. Ayam bantam emas saya pun cam tu cuma separuh yg ada benih, selebih lagi tak ada langsung. Petua yg saya dapat dari seorang sifu, jgn bagi makan dedak pembaka tetapi bg dedak anak ayam ( warna hitam sikit). nak cuma next batch.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dedak pembaka itu perlu.. cuma special kesbagi jantan dia perlukan dedak yang tinggi protien sikit.. khuatir nanti tukar ke dedak anak tu betina pula yang bermasalah.

      Delete