Wednesday, January 26, 2011

Pemakanan & Tumbesaran Ayam

Hari ni afiez saje nak share knowledge dengan sesiapa saje yang sudi lihat blog afiez nie.. Nak share sikit pasal pemakanan ayam nie.. Selalu kalau orang biasa yang tidak mempunyai pengalaman atau ilmu dalam penternakan ayam nie..bagi dirinya,kalau pelihara ayam,bagi aje makan ape pon x pe.. janji hidup dan besar. Bukan nak kata salah tindakan itu,cuma ia merugikan.Kenapa afiez cakap gitu..?? Pernah afiez ditanyakan soalan oleh penternak ni..dia orang kampung biase aje.. dia ada bela ayam daging..diajukan soalan kenapa penternak komersial boleh jual ayam dengan berat 1.5 kg atau lebih dengan hanya pelihara selama 35 - 40 hari, tetapi penternak ini telah pelihara hampir dua bulan tetapi masih tidak mencapai berat seperti berat komersial..??

Di sini afiez nak terangkan beberapa faktor yang mempengaruhi pemakanan dan tumbesaran ayam.

i. Ransum Pemakanan

Syarikat pengeluar makanan ternakan komersial telah mengeluarkan dedak mengikut kegunaan penternakan kita. Perbezaan yang nyata dari kandungan protien,calcium dan lain-lain lagi. Bagi ayam pedaging, makanan dirumus khas mengandungi kandungan protien yang tinggi bagi tujuan penggemukan. Bagi ayam baka dan penelur, makananya pula dirumus mengandungi kandungan protien yang rendah berbanding dedak pedaging dan mengandungi unsur calcium bagi pembentukan cengkerang telur.

ii. Jenis dedak

Pastikan sebelum membeli dedak,kita kena tahu dedak yang sesuai mengikut ternakan kita :
Anak (Pedaging /Penelur/Baka) : Selalu ditulis perkataan starter / pemula dll.
Pedaging : Selalu di guni dedak akan ditulis perkataan Grower,Feeder,Penggemuk dll. Dedak ini khusus diformulasi bagi meningkatkan kadar tumbesaran dengan masa yang cepat.
Penelur : Selalu di guni akan tertulis perkataan layer.
Baka : Selalu di guni tertulis perkataan breeder.

iii. Bentuk dedak

Anak (Pedaging /Penelur/Baka) : Dalam bentuk mash ( serbuk ) dan crumble ( dedak kasar ).
Pedaging : Dalam bentuk crumble ( dedak kasar ) atau pellet.
Penelur & Baka : Dalam bentuk mash (serbuk ). Selalunya akan kelihatan jagung-jagung hancur dalam dedak tersebut.

iii. Warna dedak

Pedaging :
Kuning : Ransum pemakanan mempunyai kandungan protien dari unsur-unsur tumbuhan kebanyakannya.
Hitam : Ransum pemakanan mempunyai kandungan protien dari unsur-unsur haiwan (ikan dll). - suggest penggunaan dedak hitam kerana memaksimumkan tumbesaran..dalam erti kata lain ayam cepat besar..hehe
Baka & Penelur :
Dedak berwarna kuning dan kelihatan jagung atau kulit jagung bersama-sama dedak ini.

iv : Waktu makan

- Pedaging : Pada masa sekarang, dah ada guideline jumlah pemakanan sehari dari umur sehari hingga umur pasaran. Cuma pemberian biasanya dibuat dua kali iaitu sekali pagi dan sekali petang.
-Penelur / Baka : - Selepas 14 hari,dicadangkan memberi makan terus menerus sehingga umur hampir ke 16 minggu ( dedak bentuk crumble ). Lampu jika boleh dipasang pada waktu malam sehingga umur 1 bulan. Selepas itu, ayam diberi makan pada waktu siang sahaja.
Penelur/Baka : Pada umur 16 minggu, ayam boleh diasuh untuk mula menggunakan makanan baka/penelur. Makanan baka/penelur diberi dengan kadar yang bersesuaian.Tidak boleh diberi makan terus menerus..!!! Hanya Sekali di waktu pagi dan sekali di waktu petang. Jika diberi makan terus menerus tanpa had,ayam akan menjadi gemuk dan produktiviti telur akan berkurang atau terhenti.

v. Pertukaran makanan

-Pastikan sewaktu mahu menukar makanan ke bentuk yang lain atau jenama yang lain, Makanan tersebut ditukarkan secara beransur-ansur selama beberapa hari sebelum bertukar sepenuhnya kepada makanan yang baru bagi mengelakkan ayam tersebut terkejut dengan perubahan makanan kerana kesannya ayam tersebut perlu menyesuaikan makanan tersebut, mungkin akan murung kerana makanan dah bertukar, hilang selera makan dah merugikan masa..

Apapun,pemerhatian dan pengalaman adalah guru yang terbaik bagi kita.

8 comments:

  1. salam bang d .. nk tnye ape kegunaan lain makanan ayam erk? klao search kat tenet katenye leh wat baja...view??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Sabah/Sarawak mmg panggil dedak sebagai baja.
      Kalau nk buat baja tumbuhan better pakao tahi ayam jer

      Delete
  2. Salam...
    Boleh kongsi kadar pemakanan utk seekor ayam dari anak ayam smpi dipasarkan?
    Tq...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Commercial Broiler
      1-14 hari - Starter Mash/Crumble
      14 - 32/35 - Grower Crumble/Pellet
      Ikut pemakanan sekarang

      Delete
  3. Salam..adakah dedak yg ada d pasaran hari ini 100% halal? Tdk mengandungi unsur2 babi dn sbgainya..sbb sy ada dgr dr bekas pegawai yg jga bhgian barangan import eksport yg mnyatakan dedak yg ada d malaysia ni kbykkannya dtg dr negara cina yg d proses drpd jagung n tulang babi..adakah ia benar..minta pencerahan dr en afiez..trima kasih..

    ReplyDelete
  4. mnjwb bg pihak(harap maaf)-Dedak tidak diimport drpd negara luar,penghasilannya adalah didalam negara,hanya raw material sahaja yang diimport seperti jagun n kacang soya,setelah sampai ke kilang baru la diproses untuk menjadi dedak....so cerita bekas pegawai import/eksport anda boleh la diragui kesahihannya....sekian terima kasih

    ReplyDelete
  5. Terima kasih kepada individu menjawab bagi pihak. Kebiasaannya hanya raw material sahaja yg diimport dari luar negara. Formulasi makanan semuanya di Malaysia.
    Ada diantara sumber makanan terutamanya sumber protein yg berasaskan haiwan boleh didapati melalui darah, daging dsb. Selain itu sumber kalsium yang digunakan juga antaranya dtg dr sumber tulang haiwan. Namun penggunaan di Malaysia sejauh mana tidak diketahui.
    Di Pulau Pinang memang ada satu pengilang yang menghasilkan makanan ternakan berasaskan halal setelah melihat situasi yang meragukan ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jenama makanan ayam halal apa dikeluarkan serta nama syarikat




      Delete