Friday, April 8, 2011

Makanan Untuk Family RaRe aVeS..!!!!

                                                           Dedak Anak Tetas ( Broiler Starter Crumble )
                                                    Broiler Starter Mash (Close-up)
                                 Dedak Membesar ( Broiler Grower Crumble ) - Gold Coin 201C
                                                   Broiler Grower Crumble (Close-up)
                                                             Dedak Baka (Breeder Mash)
                                                            Breeder Mash (Close-up)
Gold Coin 110M Breeder Mash

Salam semua..hari ini afiez nak kongsi cara yang diamalkan untuk pemakanan ayam-ayam dalam koleksi RaRe aVeS.
Bagi anak yang berumur sehari hinggalah seminggu, afiez berikan 100% dedak anak baru tetas atau dalam bahasa spesifiknya Broiler Starter Mash,jenama yang afiez gunakan adalah keluaran dari Gold Coin secara ad-libitum.
Bila anak dah mencecah umur 3 minggu sehingga umur 3 1/2 bulan, afiez akan bagi makan dedak pembesar warna hitam..ape beza dengan warna kuning ade dinyatakan dalam post yang lepas pasal pemakanan ternakan. Dedak hitam atau Broiler Grower Crumble diberikan 100% dan diberi secara ad-libitum (tanpa henti). Ada dua keluaran yang afiez selalu guna iaitu Gold Coin ataupun Cargill.
Buat masa ini,semua ayam yang diternak adalah tujuan pembakaan.jadi makanan berkualiti dititik beratkan untuk diberikan kepada ayam-ayam. Ingat bagi penternak-penternak yang mengeluarkan baka untuk jualan.. Anak yang baik bukan datang daripada ketulenan genetik baka tersebut sahaja,tetapi meliputi pengurusan dan yang terpenting adalah makanan. makanan yang berkualiti menjamin kesihatan dan kelangsungan induk tersebut. Induk yang sihat akan menghasilkan telur yang baik seterusnya anak yang ditetaskan adalah berkualiti.
makanan yang diberi untuk induk dan baka adalah 100 % dedak Breeder Mash keluaran Gold Coin. Pemberian bagi seekor ayam dianggarkan 100 gram sehari. Bagi penjagaan induk dan baka,makanan tidak boleh diberi secara ad-libitum kerana ia akan menyebabkan ayam tersebut gemuk dan ini akan mempengaruhi produktiviti ayam tersebut.
bagi minuman, bagi anak berumur sehari sehingga sebulan air yang diberi akan dicampurkan dengan anti-stress dan mineral (Nopstress Merah) bagi menampung keperluan untuk pembesaran. Ayam yang berumur sebulan ke atas akan diberikan anti-stress seminggu sekali. Penggunaan Mikrob berfaedah diaplikasi di RaRe aVeS bagi memastikan persekitaran ternakan sentiasa kurang berisiko daripada bakteria-bakteria berbahaya yang dapat memudaratkan kesihatan ternakan. Bagi hari hujan di mana risiko untuk ternakan dijangkiti penyakit atau di kawasan persekitaran berhampiran mempunyai jangkitan-jangkitan pada ayam, Nopstress bersama antibiotik akan diberikan (Nopstress hijau).
Sanitasi reban akan dilakukan sebulan sekali dengan menggunakan Omnicide (sucihama).
That's all rahsia pemakanan dan sedikit pengurusan yang diamalkan di RaRe aVeS. Selamat mencuba dan diharap ilmu yang dikongsikan dapat dimanfaatkan untuk semua.

4 comments:

  1. salam. saudara , sy mmpunyai soalan , dedak ape yg sesuai utk puyuh telur. sy mmpunyai 50 ekor puyuh betina , tetapi tidak tahu dedak yg mana utk diberikan kpd puyuh utk bertelur. kesemuanya betina, sy difahamkan bahawa puyuh juga bleh bertelur tnpa penjantan dan hnya perlu diberikan dedak telur(broiler mash). soalan sy, dimanakah sy bleh mmperolehi atau mmbeli dedak tersebut. tq admin.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum tumpang tanya. Apa perbezaan dedak 107 dengan 110.

    ReplyDelete