Sunday, November 20, 2011

Cer Citer Tentang Ayam Jambul...

Salam semua pengunjung blog.. hari ini mood agak baik,jadi afiez ingin berkongsi sedikit ilmu yang afiez tahu dari pengalaman,pemerhatian dan sedikit kajian mengenai Ayam Jambul. Kebanyakkan orang beranggapan bahawa ayam yang berjambul , berbulu pelepah adalah ayam Polish.
Untuk pengetahuan semua,bukan ayam Polish sahaja yang mempunyai jambul di dunia ini. Dalam kajian afiez, daripada 72 jenis ayam di dunia, terdapat hanya 6 jenis ayam yang berjambul di  dunia ini. Masing-masing mempunyai karekter-karekter tersendiri yang boleh membezakan antara satu sama lain. Apakah 6 jenis ayam tersebut..? . Dalam perancangan masa hadapan, afiez ingin menulis buku untuk berkongsikan pengalaman mengenai beberapa cara penjagaan ayam eksotik dan jenis-jenis baka ayam yang terdapat di dalam dunia dan jawapan dalam persoalan tersebut akan terjawab dalam buku yang ingin dihasilkan oleh afiez.Sebelum ini ada afiez terbitkan buku mengenai penjagaan ayam secara asas dan afiez jual semasa ekspo2 berlangsung. Tapi terbitan kali ini, afiez akan gabungkan penjagaan asas dengan pertambahan pengetahuan mengenai baka-baka ayam dan penjagaan untuk beberapa jenis ayam eksotik yang biasa dipelihara di Malaysia. Namun,kekangan kerja membuatkan kerja-kerja penulisan ini terhenti,biasalah nak buat benda ini mood kena baik.
Berbalik tentang cerita ayam berjambul, ada diantara beberapa orang kenalan afiez yang tidak tahu membezakan jantina ayam ini. Di sini afiez ingin berkongsikan sedikit pengalaman dan ilmu pengetahuan mengenai jantina ayam Polish. Perbezaan nyata dapat dilihat apabila anak ayam Polish berusia tiga minggu dan ke atas.
 Perbezaan ciri pertama dari segi bantuk balung. Kebanyakkan Polish jantan mempunyai balung berbentuk Devil Horn @ V-Shaped kecuali dari baka Houdan (salah satu daripada 6 jenis ayam berjambul) selain berbentuk V-Shaped, juga terdapat balung berbentuk Butterfly. Polish betina selalunya tidak mempunyai balung atau balung dalam keadaan "balung mati" ,namun bagi sesetengah ayam betina sahaja mempunyai "balung hidup" tetapi kurang menonjol daripada balung jantan.
Ciri kedua pula boleh dilihat dengan membezakan bentuk bulu pada jambul ayam Polish. Ayam Polish jantan mempunyai bulu yang berbentuk tirus di penghujung bulu tersebut manakala Polish betina mempunyai bentuk sedikit bulat pada penghujung bulu itu. Namun, bagi sesiapa yang kurang pemerhatian atau kurang berpengalaman, maka agak sukar untuk membezakan dari segi bentuk bulu ini.
Di sini, afiez sertakan gambar untuk gambaran yang lebih jelas dan senang untuk difahami.
P/s : i ) Terima kasih kepada model-model gambar ini yang berusia 2 bulan.. Hehehe..
       ii ) Sowie line herot-herot, tangan tak berseni..Huhuhu

Jantan : Balung hidup ternyata kelihatan

 Jantan : Gelembir bawah juga kelihatan

Jantan : Balung berbentuk V-shaped mula menonjol

 Betina : Jenis tiada balung

 Betina : Gelambir bawah tiada



 Betina : Jenis "balung mati"

 Betina : Gelambir bawah kelihatan sedikit


 Jantan : Berbentuk tirus di penghujung bulu jambul seperti di bawah


 Betina : Berbentuk bulat di penghujung bulu jambul seperti di bawah



1 comment: