Saturday, June 4, 2011

Vaccination Programme...

Salam Untuk Semua..Dah lama Afiez tak update blog..hehe..agak sibuk kebelakangan ini... memandangkan keluarga RaRe aVeS semakin lama semakin meningkat bilangannya,selepas dipertimbangkan modal yang dikeluarkan,maka Afiez telah mengambil keputusan untuk menjalankan progam pemvaksinan bagi ayam-ayam yang berada di sini bagi mengelakkan berlaku outbreak penyakit.
Afiez hari ini telah secara rasminya..hehe.. memvaksin ayam-ayam di sini dengan Avianew iaitu vaksin untuk mencegah penyakit Sampar @ Hawar @ NewCastle Disease.Untuk makluman, vaksin sebenarnya adalah virus yang telah dilemahkan atau dimatikan yang diberi kepada host bagi membenarkan sistem imunisasi host berupaya menghasilkan antibodi secara semulajadi bagi menghalang penyakit. Jadi pastikan ayam berada di dalam keadaan sihat sebelum vaksin diberikan dan keadaan cuaca yang baik. Disarankan pemberian electrolite atau mutivitamin diberikan sehari sebelum vaksin dijalankan dan selepas vaksin diberikan.
Hari ini merupakan 1st vaccination, sebulan berikutnya akan disusuli oleh 2nd vaccination bagi mengaktifkan semula antibodi yang dihasilkan seterusnya vaksin booster setiap 6 bulan sekali. Hope selepas ini, ayam-ayam di sini dapatlah bertahan jika berlakunya outbreak ( kalau boleh tak nak langsung berlaku outbreak )..hehe..
Tadi masa program vaksinasi minta pertolongan dari abah Afiez,hehe coz nak kena titik dalam mata jadi kenalah ada assistant untuk pegang ayam..hehe.. sedar x sedar rupanya Afiez dah ada lebih kurang 34 ekor parent stock  dari 4 jenis baka ayam.. Insyallah target nak simpan 50 parent stock memandangkan tempat yang terhad..Huhu..
Ps : MENCEGAH adalah lebih baik daripada MENGUBATI..

No comments:

Post a Comment