Salam.. Hari ini afiez nak share sikit tentang Ayam Hutan Hijau. Mula-mula masa afiez dengar pelik juga sebab ada member afiez sorang cari ayam ini, tapi tak pernah la pula dengar pasal ayam hutan hijau.. Pastu search la dekat internet.. rupa-rupanya memang ada.. bila sekali tengok berkenan gak..sape-sape yang ade ello2 ar..huhu Nama : Ayam Hutan Hijau / Green Jungle Fowl / Javan Jungle Fowl Asal : Indonesia Nama Saintifik : Gallus varius Karekter : Mempunya balung yang berwarna warni (rainbow) bagi jantan, balung tiada gigi. Status : Terancam Di Indonesia, ayam ini telahh dikacukan dengan ayam betina komersial (gallus domesticus) yang dikenali sebagai ayam Bekisar. Ayam Bekisar dikenali sebagai Ayam Yang Termahal Di Dunia. Di Indonesia terutamanya di Jawa, pertandingan ayam Bekisar sering diadakan. Ayam Bekisar Juga Menjadi Maskot Utama Bagi Daerah Jawa. Ayam Bekisar Yang Pernah Memenangi Pertandingan Harganya Boleh Mencecah Rp. 50 - 100 juta. Ayam Hutan Hijau - galus v...
Atas : Ayam Selasih Bawah : Ayam Sutera (Silkie) Perbezaan nyata boleh dilihat bagi membandingkan di antara ayam selasih dan ayam sutera (silkie). Walaupun kedua-duanya mempunyai isi berwarna hitam,namun pada bahagian bulu ayam selasih adalah berbulu pelepah manakala ayam sutera(silkie) berbulu halus seperti bulu anak (sutera). Pada asalnya hanya ayam sutera (silkie) sahaja yang berwarna hitam isinya. Namun di atas permintaan yang tinggi terutamanya dalam perubatan tradisional cina, ayam sutera (silkie) dikacukan dengan ayam pedaging komersial bagi mendapatkan baka ayam yang isinya berwarna hitam namun pertumbuhan sehebat dengan ayam pedaging komersial. Maka terjadilah ayam selasih di mana isinya berwarna hitam dan yang penting ayam selasih mempunyai bulu PELEPAH. Kerana itu bila ditanya kepada pengguna-pengguna di kalangan orang berbangsa cina, ayam sutera (silkie) lebih dikenali sebagai ayam selasih original atau ayam kampung original ( hokkien : oo bak ke).
Beza telur polish normal dan telur polish jantan saiz nya hampir sebesar telur puyuh jea Yea kew ade ayam jantan bertelur..?? Huhu..telur ini dijumpai dalam reban Golden Laced Polish Afiez... Kemungkinan besar ianya milik ayam jantan kerana pada hari tersebut memang terdapat dua biji telur dari betina dan extra sebiji yang kecik ini..menjadi kebiasaan si jantan akan masuk ke dlm sarang tok cari tempt yg sesuai bagi betina bertelur...sebelum betina masuk bertelur... Memandangkan afiez mengamalkan pengutipan telur setiap hari.. tak mungkin ayam betina akan bertelur 2 kali sehari..dalam selang masa yang sangat singkat..tapi waktu afiez kecil dulu mmg penah jumpa n ada telur ayam jantan ni..dalam dia kosong tanpa egg yolk.. Huhu..Nenek afiez pown ckp itu telur ayam jantan... Sape-sape yang berhajat nak beli tok wat perubatan leh datang ke rumah naa..Harga tertinggi diutamakan..hehe
Comments
Post a Comment