Wednesday, November 24, 2010

Kenapa Ayam Sutera Hitam Yang Paling Mahal..???


Ermmm..mungkin yang belum pernah memelihara ayam sutera hitam atau belum pernah memelihara spesies ini..mungkin tertanya-tanya kenapa ayam sutera warna hitam ini lebih mahal harganya berbanding warna lain. Sekali dipandang ianya seperti ayam sutera yang lain, tapi kata orang 'hitam itu menawan'. Sebebarnya harga ayam sutera hitam lebih mahal kerana permintaan daripada pegamal-pengamal perubatan tradisional. Bagi kepercayaan mereka, ayam sutera hitam yang hitam kesemuamya.. dari bulu hingga ke isi semuanya hitam.. itu lebih "baik" untuk dijadikan bahan perubatan. Sebab itu permintaan yang tinggi untuk warna hitam.. Yang pasti untuk mendapatkan ayam sutera hitam keseluruhan amatlah sukar.. dan kerana itu juga harganya melonjak tinggi.

Yang saya peliharapun ada warna perang di leher dan di sayap. Hurmm..yang pasti harga yang tinggi adalah ayam sutera hitam bukan ayam selasih hitam..jangan confuse kerana ianya sangat berbeza..

No comments:

Post a Comment