Salam Untuk Semua..Dah lama Afiez tak update blog..hehe..agak sibuk kebelakangan ini... memandangkan keluarga RaRe aVeS semakin lama semakin meningkat bilangannya,selepas dipertimbangkan modal yang dikeluarkan,maka Afiez telah mengambil keputusan untuk menjalankan progam pemvaksinan bagi ayam-ayam yang berada di sini bagi mengelakkan berlaku outbreak penyakit. Afiez hari ini telah secara rasminya..hehe.. memvaksin ayam-ayam di sini dengan Avianew iaitu vaksin untuk mencegah penyakit S ampar @ Hawar @ NewCastle Disease .Untuk makluman, vaksin sebenarnya adalah virus yang telah dilemahkan atau dimatikan yang diberi kepada host bagi membenarkan sistem imunisasi host berupaya menghasilkan antibodi secara semulajadi bagi menghalang penyakit. Jadi pastikan ayam berada di dalam keadaan sihat sebelum vaksin diberikan dan keadaan cuaca yang baik. Disarankan pemberian electrolite atau mutivitamin diberikan sehari sebelum vaksin dijalankan dan selepas vaksin diberikan. Hari ini merupakan 1st ...