Posts

Showing posts from November, 2010

Kenapa Ayam Sutera Hitam Yang Paling Mahal..???

Image
Ermmm..mungkin yang belum pernah memelihara ayam sutera hitam atau belum pernah memelihara spesies ini..mungkin tertanya-tanya kenapa ayam sutera warna hitam ini lebih mahal harganya berbanding warna lain. Sekali dipandang ianya seperti ayam sutera yang lain, tapi kata orang 'hitam itu menawan'. Sebebarnya harga ayam sutera hitam lebih mahal kerana permintaan daripada pegamal-pengamal perubatan tradisional. Bagi kepercayaan mereka, ayam sutera hitam yang hitam kesemuamya.. dari bulu hingga ke isi semuanya hitam.. itu lebih "baik" untuk dijadikan bahan perubatan. Sebab itu permintaan yang tinggi untuk warna hitam.. Yang pasti untuk mendapatkan ayam sutera hitam keseluruhan amatlah sukar.. dan kerana itu juga harganya melonjak tinggi. Yang saya peliharapun ada warna perang di leher dan di sayap. Hurmm..yang pasti harga yang tinggi adalah ayam sutera hitam bukan ayam selasih hitam..jangan confuse kerana ianya sangat berbeza..

Silkie Chicken @ Ayam SuTeRa

Image
Nama : Silkie @ Ayam Sutera Jenis : Bantam Tujuan Pemeliharaan : Ornamental / Hiasan Tahap Penghasilan Telur : Baik Personaliti : Baik, Jinak Dan Penyayang Kepada Si Kecil Pengeraman : Baik. Silkie Mengeram Telurnya. Warna : Putih,Hitam,Perang,Patridge,Buff,Lavender dll. Silkie @ Ayam Sutera ni asalnya daripada Jepun,China dan negara-negara berhampiran dengan negara yang disebutkan tadi. Keistimewaan ayam Silkie @ Sutera ini adalah mempunyai isi yang berwarna hitam (seperti ayam selasih) , berjari lima , mempunyai bulu seakan-akan sutera ( bukan bulu pelepah mirip kepada bulu anak ayam), mempunyai jambul ( ala-ala hafro ~ alleycat ) dan bulu sehingga ke kaki (macam seluar bell bottom). Ayam yang jinak, friendly dan seekor ibu yang baik. Tak banyak kerenah dan senang untuk dipelihara. Di Malaysia, ayam Silkie @ Sutera ini mudah didapati dengan warna putih. Jarang untuk mendapatkan warna hitam,buff (merah) ,perang atau patridge. Tapi saya ada tiga warna iaitu putih,hitam da...

Salam Untuk Semua..

Selamat datang ke blog saye. Khas dibuat bagi mengekspresi minat dan hobi berkenaan dengan unggas yang jarang ditemui @ jarang di pelihara oleh orang. Tapi kecenderungan minat adalah lebih kepada Ayam Yang RaRe @ Susah Nak Jumpa.. Bagi yang sama minat dengan saya..boleh lah kongsi pengalaman di sini dan juga bagi yang berminat untuk mencuba memelihara ayam-ayam yang RaRe.. Bolehlah hubungi saya.. Got a Few  RaRe Chicken BreeD HeRe..!!!!