Posts

Showing posts from April, 2013

Voorburg Shield Cropper

Image
Salam, baru-baru ade seorang buyer datang beli ayam dekat afiez.. tetapi dibawa sekali sepasang merpati. Katanya rumahnya sudah banyak.. atas pemberian kawannya yang berangkat ke luar negara. Bab-bab merpati nie Afiez tak berapa tahu sangat, nama merpati ni pun tak tau. Lalu tanyalah otai-otai Merpati dan dapat tau namanya Voorburg Shield Cropper . Burung nie mempunyai marking yang cantik di bahagian kepak. Terima burung nie pada 28 April 2013 dan hari ni 1 Mei 2013 tengok2 dah bertelur sebiji.. Rezeki Alhamdulillah.. Dah terima percuma daripada orang kemudian dah bertelur pula. Jadi kita cuba bela seja di RaRe aVeS ni.

My Bantam Collections #7 : Modern Game Bantam

Image
Nama  : Modern Game Bantam Warna : Red Pyle Jenis Balung : Sisir (Single) Negara Asal : England Negara Di Bawa Masuk Ke RaRe aVeS : Holland Deskirpsi : Modern Game Bantam merupakan salah satu baka yang berasal daripada Game Breed / Sabung . Baka ayam sabung (Game Bird) yang paling tidak agresif. Lebih dijadikan sebagai hiasan. Mempunyai kaki yang panjang dan kecil, dan ekor yang tidak mempunyai lawi yang panjang. Status Di RaRe aVeS : Not Available

Anak-anak Sabelpoot Semakin Membesar

Image
Salam.. hari2 melihat pembesaran anak-anak Booted atau Sabelpoot Bantam ni.. Almaklumlah anak pertama kali jadi , jadi nak kena observe tengok dia punya perkembangan. Anak Sabelpoot yang ade sekarang dah berusia 20 hari, dan bulu kaki tu yang cun.. dah seinchi dah.. Hehe.. Diharap dapat membesar dengan baiknya.. Papa & Mama Diorang..Hehe

My Bantam Collection #6 : Japanese Bantam

Image
Nama           : Japanese Bantam Warna          : Cream Jenis Bulu    : Frizzle Jenis Balung : Single (Sisir) Negara Asal : Southeast Asia Negara Yang Dibawa Masuk di RaRe aVeS :Belgium Deskripsi     : Baka ini juga dikenali sebagai Chabo. Ayam mempunyai kaki yang pendek dan ekor yang menegak ke atas, kerana kakinya yang pendek dapat dilihat kepaknya mencecah lantai. Ayam ini mempunyai balung dan gelambir yang besar sehingga menampakkan rupa yang garang kepada ayam ini terutamanya si jantan. Warna biasa yang didapati adalah White Black Tailed dan juga varieti warna yang lain. Juga boleh didapati dalam bulu Pelepah, Bulu Balik (Frizzle) dan Bulu Sutera (Silkie) . Status Di RaRe aVeS : Not Available

My Bantam Collection #5 : Booted Bantam

Image
Nama           : Booted Bantam Warna          : Porcelain Jenis Balung : Single (Sisir) Negara Asal : Asia / Holland Negara Yang Dibawa Masuk di RaRe aVeS : Holland Deskripsi     : Baka ini juga dikenali sebagai Sabelpoot (Sword leg) Bantam. Ayam ini tidak mempunyai bulu di bahagian pipi (muffling) dan tidak berbauk (beard) , mempunyai bulu di kaki. Selalunya ia disalah erti dengan Barbu d'Uccle. Warna yang biasa didapati adalah MilleFluer (thousand flower) , juga varieti warna yang lain. Status Di RaRe aVeS : Available ( Middle of May'13)

My Bantam Collection #4 : Barbu de Watermael

Image
Nama           : Barbu de Watermael Warna          : White Splash Jenis Balung : Rosecomb Negara Asal : Belgium Negara Yang Dibawa Masuk di RaRe aVeS : Holland Deskripsi     : Baka ini juga merupakan varieti daripada Belgian d'Anvers . Ayam mempunyai bulu di bahagian pipi (muffling) dan bauk (beard) , dan mempunyai jambul. Status Di RaRe aVeS : Available (End of June'13)

My Bantam Collection #3 : Barbu d'Anvers

Image
Nama           : Barbu d'Anvers Warna          : Quail & Silver Duckwing Jenis Balung : Rosecomb Negara Asal : Belgium Negara Yang Dibawa Masuk ke RaRe aVeS : Holland (Quail) & Belgium (Silver Duckwing) Deskripsi     : Baka ini juga dikenali sebagai Bearded Antwerp Bantam. Ayam mempunyai bulu di bahagian pipi (muffling) dan bauk (beard) , mempunyai bulu leher yang membentuk cape dan muka seperti burung hantu (owl-like) . Warna yang biasa didapati adalah Quail (Kombinasi Black & Buff) , juga varieti warna yang lain. Status Di RaRe aVeS : Not Available   Quail     Silver Duckwing

My Bantam Collection #2 : Barbu d'Uccle

Image
Nama           : Barbu d'Uccle Warna          : White Jenis Balung : Single (Sisir) Negara Asal : Belgium Negara Yang Dibawa Masuk di RaRe aVeS : Holland Deskripsi     : Baka ini dipercayai hasil kacukan di antara Belgian d'Anvers dan Booted Bantam. Ayam ini mempunyai bulu di bahagian pipi (muffling) dan bauk (beard) , mempunyai gelambir yang kecil atau tiada dan kaki yang berbulu. Warna yang biasa didapati adalah Millefleur (thousand flowers) , juga varieti warna yang lain. Status Di RaRe aVeS : Available (End of June'13)

My Bantam Collection #1 : Sebright Bantam

Image
Nama           : Sebright Bantam Warna          : Silver Jenis Balung : Rosecomb Negara Asal : England Negara Yang Dibawa Masuk di RaRe aVeS : Malaysia (Jantan) + Thailand (Betina) Deskripsi     : Baka ini dimajukan oleh Sir John Sebright, dimana jantan ini mempunyai bulu seperti betina dan keunikan ayam ini adalah bulu yang bercorak seragam (laced) . Warna ayam biasa adalah Silver dan Golden dan sekarang mempunyai satu varieti baru iaitu Chamois . Status Di RaRe aVeS : Available (Call For Update Stock)