Assalamualaikum w.b.t., entry kali ini afiez nak ceritakan sikit berkenaan ayam ohiki bantam. Sekarang di RaRe aVeS ada dua jenis ohiki iaitu red dan silver ohiki. 2 pasang red ohiki bantam masuk tahun 2015. Sepasang di sini dan sepasang di Putrajaya. Silver ohiki bantam trio satu-satunya di Malaysia baru dibawa masuk Disember 2015. Alhamdulillah red ohiki dah menghasilkan anak, tapi rezeki sampai ke besar hanya 2 ekor jantan. Buat masa sekarang semua dalam sangkar, produksi kurang memuaskan. Silver ohiki baru mula bertelur pada hari ini. Ohiki bantam ini dipercayai hasil kacukan daripada japanese bantam dan long tailed fowl samada phoenix atau onagadori memandangkan ayam ini berbalung sisir. Hasilnya untuk menghasilkan ayam bersaiz kecil tetapi ekor yang panjang. Ohiki mempunyai bandan yang pendek dan ekor membulat dan sangat berbeza dengan fizikal pheonix. Semestinya fizikal ini menambat hati bagi yang meminati ayam yang kecil, jinak dan mempunyai penampilan yang menarik. Di s...
Atas : Ayam Selasih Bawah : Ayam Sutera (Silkie) Perbezaan nyata boleh dilihat bagi membandingkan di antara ayam selasih dan ayam sutera (silkie). Walaupun kedua-duanya mempunyai isi berwarna hitam,namun pada bahagian bulu ayam selasih adalah berbulu pelepah manakala ayam sutera(silkie) berbulu halus seperti bulu anak (sutera). Pada asalnya hanya ayam sutera (silkie) sahaja yang berwarna hitam isinya. Namun di atas permintaan yang tinggi terutamanya dalam perubatan tradisional cina, ayam sutera (silkie) dikacukan dengan ayam pedaging komersial bagi mendapatkan baka ayam yang isinya berwarna hitam namun pertumbuhan sehebat dengan ayam pedaging komersial. Maka terjadilah ayam selasih di mana isinya berwarna hitam dan yang penting ayam selasih mempunyai bulu PELEPAH. Kerana itu bila ditanya kepada pengguna-pengguna di kalangan orang berbangsa cina, ayam sutera (silkie) lebih dikenali sebagai ayam selasih original atau ayam kampung original ( hokkien : oo bak ke).
boss mintak address penuh.
ReplyDeleteNak alamat erk.. 91 Mk 7 Permatang Batu, 14000 Bukit Mertajam,Penang.
ReplyDeleteKaler ni dikenali dgn nama Citron.. Kat US dah ada yg bela.. mmg cantik ni.. saya pernah dpt mcm ni tp dah 'kojol'
ReplyDelete:(
Huhu..yang nie pown dah kojol..lame dah..kene CRD rasenyer..huhu.. skrg x de da... semuanya fully pure blood bantam.. hehe
Delete